Merry Christmas To All The People In The World :)

Thursday, December 23, 2010

Now Watching @ Laman ilham .

Hopes Without Any Voices .


Antara photoshoot yang ilham suka . But , photographer cakap tak cukup emosi , so it cnt b ur best photoshoot cover... so , i juz want to share it here guys 
Cheers :)

Wednesday, December 22, 2010

Info @ Laman ilham

Statistik pembuangan bayi sehingga Januari - November 2010 :
Selangor - 407 kes
Johor - 83 kes
Sabah - 65 kes
Sarawak - 34 kes
Negeri Sembilan - 24 kes 

Monday, December 20, 2010

News @ Laman ilham .

Hi guys ...
Seramai 135 orang yang telah diberi informasi mengenai penubuhan "Save The Baby Campaign" telah memberi respon yang cukup menggalakkan . Pelbagai komen positif yang dilontarkan menggambarkan tentang kesedaran sivik dalam setiap individu dalam melaksanakan tugasan sosial . Terima kasih atas kesudian rakan - rakan facebook yang telah memberi kerjasama untuk penubuhan kempen ini .
Kempen ini bakal dirasmikan pada 1 Januari 2011 .
Jadilah insan prihatin .
Cheers =)

"Save The Baby Campaign"

Hello Malaysia !
Dunia kini semakin pesat membangun . Tanpa kita sedari , pelbagai masalah turut menempah kolum dalam  ruangan hangat baik di televisyen , radio , internet mahupun dada - dada akhbar . Remaja merupakan aset masa depan negara . Namun , amat menyedihkan apabila remaja menjadi penggerak ataupun tunjang kepada permasalahan gejala sosial . Isu terhangat pada abad ini ; Negara kita dikejutkan dengan kes pembuangan bayi yang begitu menyayat hati . "Save The Baby Campaign" merupakan inisiatif bernas yang mengajak anda untuk berganding bahu dalam mengekang permasalahan ini . Kita tidak boleh bergantung kepada pihak berkuasa sahaja . Sebaliknya , sokongan daripada kita , adalah diperlukan untuk membanteras gejala ini daripada semakin bernanah . Jadi , jika anda insan prihatin , sokonglah penubuhan kempen ini dengan menjadi ahli "Save The Baby Campaign" .
Cheers =)


Fashion & Charity .

Hi Malaysia !
Welcome to my new blog .
Khas untuk anda , saya telah membawa satu elemen baru dalam dunia blog anda .
Berbeza dengan blog saya yang sebelumnya , dimana saya hanya berkongsi & mengetengahkan industri peragaan .
Kini , transformasi yang dilakukan adalah hasil daripada idea kreatif & kesedaran sosial .
Pelbagai kempen kesedaran telah dirangka untuk mengajak anda berganding bahu dalam meyelesaikan masalah sosial yang kian bernanah pada abad ini .
Oleh itu , saya amat memerlukan sokongan anda untuk penubuhan kempen menangani gejala sosial ini .
Save the world ...
Cheers =)